Sedar
Isnin, 22 Julai 2013
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 7/22/2013 01:58:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Mereka
Esok Yang tiba
Isnin, 10 Oktober 2011
ada nadi-nadi rindu
yang bernafas lesu
membawa roh-roh ingatan
berawakan
bersama cebis memori
dari serpihan kehidupan
kita berdiri di pusara waktu
melihat bayang-bayang sejarah
jasadnya yang termakam kaku
diam berkubur
mimpi-mimpi yang berterbangan dari genggaman
melintas di hujung mata
mencatat makna syahdu
tanpa ada terjemahannya
hujung mimpi kita
setelah bangkitnya mentari pagi
memandang realiti yang mengusir bintang malam
khayalan indah kita
dan di awan yang berwarna emas
tempat kita lukiskan segala angan
kini hanya kanvas kosong
menjadi kepunyaan esok
bukan lagi milik semalam
samar-samar berarak
menghilang ke dalam silam
lalu membentuk satu lagi replika
di dalam koleksi
monomen kenangan mati
(10/10/11 10:14 pm)

nota : gambar bukan milik penulis
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 10/10/2011 10:14:00 PTG 0 Tindak Balas
Pilihan
Khamis, 25 Ogos 2011
dan kosong tak bererti
kita semarakkan musnah
punah dan ranah
dan sayangnya
ia bakal tak memberi makna
satu apa
(25/08/11 7:06 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/25/2011 07:06:00 PG 4 Tindak Balas
Bukan Seperti Cerita
Rabu, 24 Ogos 2011
sebagaimana janji yang tersirat di dalam kedewasaan
langkah kita berpasakkan wajar
bukan seperti syair peri
kisah-kisah khayal
lagenda agung abadi
kalau boleh aku mahu katakan
suatu hari nanti kau pasti akan kesal
tentang waktu yang kita sia-siakan
tentang ketulusan yang kita biar menjadi bangkai
tapi ini, bukan wayang cinta
dan kita tahu ianya cuma dusta
hidup yang berkiblatkan waras dan nyata
menjadi kanta pembesar menilai takdir
semudahnya tentang yang hak atau batil
yang tergenggam adalah kebenaran
yang terlucut adalah ketentuan
tak lebih, tak kurang
hanyalah kekosongan yang bersilih diganti-gantikan
maka tak mungkin untuk aku berkata
kehilangan ini bakal kau ratapi di kemudian hari
tidak mungkin
hanya sedar yang menemani langkah
jejak-jejak yang terbina berabad dulu
lama sebelum adanya kita
setiap yang datang pasti pergi
setiap yang bermula pasti berakhir
dan kita hanyalah sebahagian dari setiap itu
sebuah lumrah
sebuah fitrah
tiada yang luar dari biasa
tak mungkin menjadi seperti cerita
rasional kita yang mendahului rasa
tiada hilang yang tak terganti
tiada patah yang tak tumbuh kembali
tiada sesal yang takkan berakhir
luka yang hanya akan tinggal titik ghaib
kita meneruskan hidup
kita pasti meneruskan hidup
bertolak dari titik ini
sehari akan jadi seminggu
seminggu akan jadi sebulan
dan tahun akan bertukar tahun
terus berlalu
terus menjauh
dan malangnya ia hanyalah sebegitu
memustahilkan aku untuk berkata
suatu hari kau pasti akan tangisi
kasih luhurku yang kau biarkan pergi
kerana ini, bukan wayang cinta
dan kita tahu sejauh mana kebenarannya
minda yang bertanjak melitupi suara hati
memisahkan igauan rindu dari realiti yang nyata
tak mungkin seperti kisah cinta yang direka
hanyalah resam dalam hidup
dan menoleh kita di suatu masa nanti
ini yang benar yang akan kita kata
dulu kita pernah bertemu
di suatu waktu
di suatu detik
di antara hentian-hentian hidup
(24/08/11 11:24 pm)
nota : gambar bukan milik penulis
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/24/2011 11:24:00 PTG 0 Tindak Balas
Buat Aku
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/24/2011 05:08:00 PG 0 Tindak Balas
Mitos Hati
Isnin, 22 Ogos 2011
pada aku yang berpasung
terkunci tangan dan kaki
menanti henjaman pisau
jatuh memancung kepala
dan waktu yang berbaki sesaat dua
cukup buat membunuh khayalan
kisah ini, aku dan mati
bukan wira sakti
(22/08/11 11:10pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/22/2011 11:10:00 PTG 0 Tindak Balas
Etc etc etc
Sabtu, 22 Januari 2011
mengirai udara
tertinggal hanya sia
bertunjang angin gila
mimpi yang menyapa khayal
....sekadar aku diam
membisu membunuh alam
dengan kamus koyak
tasbih yang bertaburan
dan lantai berjongkang-jongkit
derap bergolak
(22/01/11 1:32 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/22/2011 01:32:00 PTG 0 Tindak Balas
kenangan halimunan
Sabtu, 23 Januari 2010
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/23/2010 11:40:00 PTG 0 Tindak Balas
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/23/2010 11:22:00 PTG 0 Tindak Balas
Cerita Ini Hanya Tentangmu
Ahad, 10 Januari 2010
Permainan apa ini
bersenda dengan kebenaran
bertukar-tukar kenyataan
mencoret-coret realiti
hakikat yang tiada paksi
Pertaruhan apa itu
meletak janji-janji
menggadai ketulusan
lantas berjudi perasaan
dengan bahang-bahang luka
Janji dan janji melangit
berubah rupa
bersalin kulit
hingga semakin palsu
semakin bohong
Takhta yang didirikan
bersifat khayal
dikhabar-khabar
diura-ura
tak membawa makna
Wajah yang sebegitu
memohon keindahan
datang dengan mimpi
datang dengan sumpah
dan untuk siapa?
sumpah yang mengutuk diri
menjadi lambang mungkir
hati yang mementingkan diri
Permainan apa?
permainan watak mulia
lagak cinta suci
tanpa pengertian
tanpa belas kasihan
tidak pernah mahu merawat
tidak pernah mahu menyelamat
demi rindu, demi kenangan dan demi kecewa sendiri
demi ingatan sendiri
demi dirimu sendiri!
(13/07/06 9:16 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/10/2010 05:48:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Mereka
-
Selasa, 1 September 2009
Saat segala cereka
Melabuhkan tirai penutup
Segala bicara menjadi mati
Dan meninggalkan aku
Terkujur tanpa rasa
Tiada dendam yang terpendam
Tiada benci yang membaluti
Hanya sisa hampa
Yang bertebaran kosong
Tiada membawa erti
Aku renung hambar
Menelan jemu
Dan apa yang aku sangka milikku
Rupanya tak pernah aku miliki
Lalu ku benamkan saja begitu
Hingga masa menghapuskan segala-galanya
Aku enggan menerima
Mendengar
Menggenggami
Segala janji yang menyakitkan
Segala sumpah yang melukakan
Hingga aku terbuang
Tersisih tanpa harga
Lalu aku ludah lafaz setia
Merenyuknya lumat
Biar jadi sampah!
Dan aku tak mahu hati itu lagi
Hati yang telahpun berpaling
Bersama jiwa yang berdarah
Aku telan segala kekalahan
Biar ini jadi pengajaran
Pengajaran agung
Biar tertampar egoku
Lalu kembali ke bumi
Menginsafi diri
(07/08/05 5:00 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 04:11:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Mereka
Dua Saat Yang Sempurna
Seketika
Seperti melangkah jalan-jalan silam
Seketika
Seperti melihat pemandangan dulu
Seketika
Seperti mimpi jadi nyata
Seketika
Dua saat yang sempurna....
Sebelum matahari bangkit
Dan hakikat mengambil alih tempatnya
(01/09/09 3:20 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 03:20:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Mereka
Batas
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 04:00:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Mereka
Jenis Sampah
- Aku (137)
- Dia (57)
- Fantasi (21)
- Kamu (45)
- Kitar Semula (45)
- Langit (14)
- Masyarakat (17)
- Mereka (13)

