Bila jemariku kail nan sejengkal
Sedang hela putusmu itu laut nan luas
Apa mungkin setitis hujan di sahara
Bisa banjir kemarau di tanah gersang
Ah....
Aku kelam di seribu kelam
Menyuluh gelita bersama kegelapan
Di ketika malam memencakkan hitamnya
Menambah gelap kepada gelap
Sebenarnya aku hanya kebutaan
....Sungguh
Ini sekadar senandung malang
Waktu cerita sedang bermula
Ia bermula dengan berakhir
Lalu dunia, bila aku berkata
Mimpi dan igau itu tiada beza
Ke mana arahnya dari sini?
Bila akalku peta nan sejangkah
Sedang fitrahmu itu seluruh alam dan semesta
Dan aku sedar seadanya
Aku hanya mahu keringkan sungai
Dengan menggunakan sudu
(01/09/09 4:00 am)
0 Tindak Balas:
Catat Ulasan