kebenaran yang bertunjang pada realiti
sebagaimana janji yang tersirat di dalam kedewasaan
langkah kita berpasakkan wajar
bukan seperti syair peri
kisah-kisah khayal
lagenda agung abadi
kalau boleh aku mahu katakan
suatu hari nanti kau pasti akan kesal
tentang waktu yang kita sia-siakan
tentang ketulusan yang kita biar menjadi bangkai
tapi ini, bukan wayang cinta
dan kita tahu ianya cuma dusta
hidup yang berkiblatkan waras dan nyata
menjadi kanta pembesar menilai takdir
semudahnya tentang yang hak atau batil
yang tergenggam adalah kebenaran
yang terlucut adalah ketentuan
tak lebih, tak kurang
hanyalah kekosongan yang bersilih diganti-gantikan
maka tak mungkin untuk aku berkata
kehilangan ini bakal kau ratapi di kemudian hari
tidak mungkin
hanya sedar yang menemani langkah
jejak-jejak yang terbina berabad dulu
lama sebelum adanya kita
setiap yang datang pasti pergi
setiap yang bermula pasti berakhir
dan kita hanyalah sebahagian dari setiap itu
sebuah lumrah
sebuah fitrah
tiada yang luar dari biasa
tak mungkin menjadi seperti cerita
rasional kita yang mendahului rasa
tiada hilang yang tak terganti
tiada patah yang tak tumbuh kembali
tiada sesal yang takkan berakhir
luka yang hanya akan tinggal titik ghaib
kita meneruskan hidup
kita pasti meneruskan hidup
bertolak dari titik ini
sehari akan jadi seminggu
seminggu akan jadi sebulan
dan tahun akan bertukar tahun
terus berlalu
terus menjauh
dan malangnya ia hanyalah sebegitu
memustahilkan aku untuk berkata
suatu hari kau pasti akan tangisi
kasih luhurku yang kau biarkan pergi
kerana ini, bukan wayang cinta
dan kita tahu sejauh mana kebenarannya
minda yang bertanjak melitupi suara hati
memisahkan igauan rindu dari realiti yang nyata
tak mungkin seperti kisah cinta yang direka
hanyalah resam dalam hidup
dan menoleh kita di suatu masa nanti
ini yang benar yang akan kita kata
dulu kita pernah bertemu
di suatu waktu
di suatu detik
di antara hentian-hentian hidup
(24/08/11 11:24 pm)
nota : gambar bukan milik penulis
sebagaimana janji yang tersirat di dalam kedewasaan
langkah kita berpasakkan wajar
bukan seperti syair peri
kisah-kisah khayal
lagenda agung abadi
kalau boleh aku mahu katakan
suatu hari nanti kau pasti akan kesal
tentang waktu yang kita sia-siakan
tentang ketulusan yang kita biar menjadi bangkai
tapi ini, bukan wayang cinta
dan kita tahu ianya cuma dusta
hidup yang berkiblatkan waras dan nyata
menjadi kanta pembesar menilai takdir
semudahnya tentang yang hak atau batil
yang tergenggam adalah kebenaran
yang terlucut adalah ketentuan
tak lebih, tak kurang
hanyalah kekosongan yang bersilih diganti-gantikan
maka tak mungkin untuk aku berkata
kehilangan ini bakal kau ratapi di kemudian hari
tidak mungkin
hanya sedar yang menemani langkah
jejak-jejak yang terbina berabad dulu
lama sebelum adanya kita
setiap yang datang pasti pergi
setiap yang bermula pasti berakhir
dan kita hanyalah sebahagian dari setiap itu
sebuah lumrah
sebuah fitrah
tiada yang luar dari biasa
tak mungkin menjadi seperti cerita
rasional kita yang mendahului rasa
tiada hilang yang tak terganti
tiada patah yang tak tumbuh kembali
tiada sesal yang takkan berakhir
luka yang hanya akan tinggal titik ghaib
kita meneruskan hidup
kita pasti meneruskan hidup
bertolak dari titik ini
sehari akan jadi seminggu
seminggu akan jadi sebulan
dan tahun akan bertukar tahun
terus berlalu
terus menjauh
dan malangnya ia hanyalah sebegitu
memustahilkan aku untuk berkata
suatu hari kau pasti akan tangisi
kasih luhurku yang kau biarkan pergi
kerana ini, bukan wayang cinta
dan kita tahu sejauh mana kebenarannya
minda yang bertanjak melitupi suara hati
memisahkan igauan rindu dari realiti yang nyata
tak mungkin seperti kisah cinta yang direka
hanyalah resam dalam hidup
dan menoleh kita di suatu masa nanti
ini yang benar yang akan kita kata
dulu kita pernah bertemu
di suatu waktu
di suatu detik
di antara hentian-hentian hidup
(24/08/11 11:24 pm)
nota : gambar bukan milik penulis
0 Tindak Balas:
Catat Ulasan