365
Rabu, 3 Januari 2018
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/03/2018 11:11:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
punah
Khamis, 2 Mac 2017
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 3/02/2017 02:12:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Sia
Rabu, 14 November 2012
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/14/2012 12:08:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku, Dia, Kamu, Masyarakat
Tanpa Tajuk #8
Selasa, 17 Mei 2011
andai kau pijak
curahkan dakwat hitam
biar ternoda kertas putih
musnahkah dunia
andai kau menggoncang
gerhana rambulan
gerhana suria
gerhana bumi
bakarkan istana bertakhta
nanti tinggal tanduslah
hancurkah aku
diletupkan olehmu
warna ceria
warna gelap
salahkah ia
aku atau mereka?
(1997)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 5/17/2011 09:24:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Masyarakat
Tanpa Tajuk #6
dan di mana sahaja
kita boleh membina dunia
sesuka hati
kita tidak perlukan duit
tidak perlukan batu-bata
tidak perlukan tenaga kerja
tiada tempoh hendak ditunggu
tiada sesiapa hendak mengganggu
di mana jua
kita bisa hidup
mengikut jiwa
banyak ruang yang ada
malah kita tak perlukan ruang
asalkan kita mahu
sekelip mata berlaku
bukan mimpi
tutup mata
atau buka
ia kebenaran
di dalam dunia
wujud beribu dunia
dunia di balik dunia
dunia di atas dunia
dunia di luar dunia
dunia syurga
dunia neraka
asalkan kau mahu
kau boleh hidup
di mana-mana
(1996)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 5/17/2011 08:44:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Masyarakat
Tanpa Tajuk #5
menyelusup kehadiran tidak diundang
bersembunyi di khayalan
mengintip apa yang disembunyi
dalam persembahan
teater realiti
Deruan nafas
menyeramkan rasa
ia meresap melaui celahan jari
lalu merasuk akal fikiran
memukau deria dan nafas
terperangkap seluruh penghuni
maka ia pun pergi
kemudian kembali semula
mengulangi perbuatan yang sama
(1996)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 5/17/2011 08:40:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Masyarakat
Tanpa Tajuk #1
di titik keseorangan
pejamkan matamu
hayati hadirnya suara
bisikan semangat jitu
jika kau sedar
setiap waktu
ia merayu
di arus sejati
tidak mungkin kecewa
pada nyawa dan nafas
di ruang tak bertepi
kau dan dirimu
perlu dicantum
....rayuan iman
ianya suatu keramat
(1996)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 5/17/2011 08:18:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Masyarakat
alam lain
bila cermin membiaskan dimensi lain
dan kita melihat kita yang satu lagi
berbeza, tapi serupa
serupa, tapi berbeza
di situlah di sini
tentang sebuah ada
di dalam ketiadaannya
(17/05/11 6:24 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 5/17/2011 06:24:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Diplomat
Jumaat, 15 April 2011
memberi salam
menjabat tanganku
Dia bersopan-santun
berbicara lemah-lembut
tapi dia memintaku
suatu kemustahilan
Dia senyum luhur
di dalamnya
menikamku terus-terusan
bukan dari belakang
berdepanan menusuk pedang berkilau
menembusi badanku
Dia ada di dalamku
di hatiku
di fikiranku
sampai bila?
tolonglah aku
Bila kau tanya siapa dia
dia hilang
tetapi sebenarnya dia di belakangmu
tersenyum memandangku
sambil menunjukkan pedangnya itu
(1996)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 4/15/2011 02:28:00 PG 3 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Masyarakat
kaw tim
Rabu, 26 Januari 2011
mencagar masa
memajak hidup
berunding dengan ajal
mematri janji
memejamkan mata
dan tangan yang menadah
menyambut hujan
menyiram takdir
lalu tanah merekah
menunjangkan pohon
merimbun duniawi
berpakat lupa
jalan ke barzakh
(26/01/11 7:04 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/26/2011 07:04:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Langit, Masyarakat
Etc etc etc
Sabtu, 22 Januari 2011
mengirai udara
tertinggal hanya sia
bertunjang angin gila
mimpi yang menyapa khayal
....sekadar aku diam
membisu membunuh alam
dengan kamus koyak
tasbih yang bertaburan
dan lantai berjongkang-jongkit
derap bergolak
(22/01/11 1:32 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/22/2011 01:32:00 PTG 0 Tindak Balas
Pelajaran hidup : Hikmah
Ahad, 16 Januari 2011
berjalan menuju ke hujung bumi
mengutip segala isi dunia
di sepanjang perjalanan
buat menjadi makna
di dalam kamus kehidupan
lalu belajarlah
belajarlah hingga ke negeri China
untuk menterjemah derita
dengan penuh bijaksana
Biar jadi cendekiawan
"Lahirnya pendita, dari jiwa menderita" - Hamka
(16/01/11 3:34 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 1/16/2011 03:09:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
beginilah begitu
Jumaat, 16 Julai 2010
pada jalan tak bertunjang
mabuk lampau
mabuk igau
ulang menampi
tapis menapis
yang hampas itu
yang bernas itu
mengulang ulang
ulang berulang
dan pi dan mai
dan mai dan pi
hambat bulatan
hujang turun,
balik tidur
(16/07/10 11:02pm)
*11:02 malam? sesaat tadi, 9 malam
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 7/16/2010 11:02:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku, Langit, Masyarakat
puisi untuk kambing
Ahad, 7 Februari 2010
Jangan menyanyi di kandang harimau
Aku mahu terbang ke bukit biru
Jahit baju angin kemudian gali lubang cacing
(07/02/10 3:40 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 2/07/2010 03:40:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Semusim di syurga
Isnin, 14 Disember 2009
Dan Si Tuli mentafisirkan bunyi?
Pantas berjalan ke belakang
Ketika mahu mencari hadapan
Mengapa hentam keromo?
Menarik rambut dari tepung
Putus rambut, berkebuk tepung
Lalu sepakat beramai-ramai meraung
Memaki hamun menyalahkan langit
Mengapa?
Kita yang membuang cermin
Hingga lupa raut wajah sendiri
Kita yang gelincir tersasar
Gelojoh menyusur akal
Hingga menjadi bodoh
Diperdaya kebijaksanaan
Menggali ilmu demi menjana kejahilan
Membuah Kelupaan
Berbunga keliru
Sampai tertukar antara rasional dan bongkak
Tak dapat membeza antara tawaduk dan lemah
Mencaci-caci redha sampai remuk wajah syukur
-Masih mahu mendabik dada
Dan mereka yang memeluk iman
Ketawa ketika kiblatnya dipersenda
"Rileks la, kita berfiiran terbuka"
(14/12/09 10:12 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/14/2009 10:12:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Main Nombor
Rabu, 25 November 2009
dikaburi serpih-serpih kehidupan
cermin songsang yang menterbalikkan kelurusan
menyamakan palsu dan benar
maka bertaruh saja
menikam pilihan
(25/11/09 10:04 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/25/2009 10:04:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Usir
Khamis, 27 Ogos 2009
Jujurkah kau mencipta angkuh?
Menyamari tunjang rapuh
Mendandan goyah
Sahajamu yang bukan kepalang
Itu utuh
Tapi aku melihat dirimu
Tembus dinding
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/27/2009 07:16:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat