punah

Khamis, 2 Mac 2017

kata-kata tanpa tafsir
bersimpul pada rangkap sulit
seperti membayangkan bulan
mengandaikan bintang
cantik nan rawak
tak bertunjangkan wajah

himpunan bait-bait samar
indahnya seperti laut itu
pusar yang tak bertepi
gelombang tiada mula
tiada hujung
alun-alun bebas
merdeka menjelajah minda
menerobos dinding dunia
dan lepas di udara
khayal
kabur
hanyut
hilang
sejuta satu misteri langit



.

 

....lalu pincanglah 
bila bayang-bayang mahu dijasadkan
yang terbuka disempitkan
mengulas kias
sedang seni itu sempurna
kerana seninya.... 

(02/03/2017 2:12 am)

epika

Jumaat, 2 Disember 2016

untuk setiap kenaifan
untuk setiap keluhuran
bermimpi dengan hati paling suci
setulus jiwa dan raga
....dan di hening malam yang menusuk ini..
buat aku terfikir....
bukan cinta yang buat kau sempurna
tapi kau yang buat cinta sempurna........




(02/12/2016 12:12 am)



 nota : gambar bukan milik penulis
 

ketika kamu tersedar dari tidur yang jaga dan malam rasa hambar.

Sabtu, 27 Ogos 2016

bisakah kamu hidup tanpa keghairahan
tanpa api membakar nalurimu menggila
tanpa getar yang buat langitmu bergegar
tanpa gelora yang buat rohmu meronta
tanpa kemerahan yang panas
menjadikan duniamu khayal
memabukkan hati dengan sejuta kemahuan tak terkawal
hangat membara
marak menyala
menceroboh kewarasan
merasuk minda
menjadikan dirimu yang wajar
persis penagih tegar....

(27/08/2016 9.00pm)

aduk

mindaku sedang hujan
dengan rintik ingatan
.
.
.
.
dan seperti kaca beruap kabut
pandangan hilang
....sesudah gerimis usai

(27/08/2016 12:48 am)


Jenis Sampah