Saat segala cereka
Melabuhkan tirai penutup
Segala bicara menjadi mati
Dan meninggalkan aku
Terkujur tanpa rasa
Tiada dendam yang terpendam
Tiada benci yang membaluti
Hanya sisa hampa
Yang bertebaran kosong
Tiada membawa erti
Aku renung hambar
Menelan jemu
Dan apa yang aku sangka milikku
Rupanya tak pernah aku miliki
Lalu ku benamkan saja begitu
Hingga masa menghapuskan segala-galanya
Aku enggan menerima
Mendengar
Menggenggami
Segala janji yang menyakitkan
Segala sumpah yang melukakan
Hingga aku terbuang
Tersisih tanpa harga
Lalu aku ludah lafaz setia
Merenyuknya lumat
Biar jadi sampah!
Dan aku tak mahu hati itu lagi
Hati yang telahpun berpaling
Bersama jiwa yang berdarah
Aku telan segala kekalahan
Biar ini jadi pengajaran
Pengajaran agung
Biar tertampar egoku
Lalu kembali ke bumi
Menginsafi diri
(07/08/05 5:00 pm)
0 Tindak Balas:
Catat Ulasan