Ke Hujung

Rabu, 24 Ogos 2011

terbaring di birai hari
menghitung sisa-sisa hayat
aku yang sedang dipudarkan
dimansuhkan
menunggu ketika
untuk hilang

betapa percuma
ruang-ruang yang tersia
masa yang menjadi musuhku
bakal menenggelamkan aku
terbenam di kubur memori
dimakam hidup-hidup

jemari yang berdarah
tersiat-siat kuku
patah koyak
cuba menolak keluar
meratap
merayu
meronta
dengarkan....
aku masih hidup

takkan lama lagi
sisa hayat yang terbuang
nafas yang kian lemah
di kotak kematian
kerandaku yang disemayam
gelap pekat
tanpa udara

....akhirnya terkulai
dada yang semakin longlai berombak
pasrah di hujung nyawa
lalu aku pejamkan mata
menunggu kehadiran ajal
....selamat tinggal aku....







....jelmakan aku dari khayalan
dan pulangkan aku ke khayalan....

(24/08/11 6:16 am)


0 Tindak Balas:

Jenis Sampah