Bahagia Memerlukan Berani

Khamis, 25 Ogos 2011

kita ini
berputar dalam kitaran
turutan-turutan kekecewaan
mengekori hidup
bersambung-sambung
berikut-ikut
lantas ia membina tembok
memagari hati
dan kita bersembunyi
memeluk kehampaan
menjadi perisai diri

kita ini
insan-insan luka
dicederakan ketentuan
ranah dan punah
berulang-ulang
berpusar-pusar
tak pernah berhenti

mana jalan keluar?
mengintai kejauhan
bayangan bahagia yang menggoda
penuh jerangkap samar
....melambai di balik tembok

kita ini
terperangkap di dalam luka
kesudahan yang paling mesra
siri demi siri
hingga ia jadi sebati
dan kita menjadi lupa
jalan keluar dari sini

aku ini
di tembok yang satu lagi
di dalam kitaranku sendiri

kamu di sana
di tembok yang satu lagi
di dalam kitaranmu sendiri

mari kita akhiri!

kita ini....
terlalu lama tak lihat gembira
hingga ia jadi asing
tak betah lagi
lalu kamu pilih untuk kembali
ke dalam tembok sunyi
dan aku di sini
berputar lagi

ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang........................

(25/08/11 7:02 am)


0 Tindak Balas:

Jenis Sampah