mahukah kau merasakannya?

Selasa, 25 Oktober 2011

MAHUKAH KAU MERASAKANNYA?
DATANGKAN IMAGINASIMU
KE ALAM DI SEBALIK KEJERNIHAN
TERAPUNG-APUNG DI KENYATAAN
GELAP-GELITA
HITAM DAN KELAM
DIBELAI DENDAM KEJAM
SAMA-SAMA MENARIK KHAYAL
MEMBENAMNYA SEPENUH HATI
HINGGA JIWA DIRANGSANG KE ATAS
MENGGIGIL DALAM SENYUM DAN TAWA
MENGHIRUP KEHARUMAN BAU
DENGAN HANYIR DARAH
MENAGIH PUJUK RAYU
DALAM PENDERAAN PEDIH
YANG MEMANJAKAN KEHAUSAN

TEKAK YANG DAHAGA
MEMINUM NISTA HARAM
PERUT YANG KELAPARAN
MERATAH BANGKAI BUSUK
TANPA PENGERTIAN
TANPA PERMINTAAN

SAMBUTLAH TANGANKU
JUNAM KEPALAMU KE MARI
RENANGILAH KESEDIHAN DAN KEKECEWAAN
PADA PAKSI KEBENARAN
LAYARKAN PENGHARAPANMU YANG TINGGI
DI LAUT YANG KERING DAN TANDUS
AGAR TIADA APA YANG BERLAKU
WALAU KAU MENJERIT DAN MERAUNG
SUNTIKKAN RACUN DAN LUMURKAN MADU
DI CELAH-CELAH DAGING YANG LUKA
BIAR MERESAP KE DALAM ISI
YANG TERKOYAK DAN BERNANAH
SIAT-SIATKAN IA
AGAR KESAKITANNYA MERASUK FIKIRAN

DAN LANTAS....
TEMASYA KEMULIAAN YANG KAU PERSEMBAHKAN
MEREKA GEMALAIKAN TARIAN KEHANCURAN
MEREKA DENDANGKAN NYANYIAN KEHAMPAAN
MEREKA PENTASKAN LAKONAN KEBENCIAN
BERSAMA RENTAK KESENGSARAAN
SATUKAN SEMUANYA MENJADI HINAANMU
MAKA BERPESTALAH HINGGA MATI
BERKATA-KATALAH HINGGA HUJUNG HARI
MENCEBIKLAH, MENYINDIRLAH
KECAMLAH KERANA MEREKA
UMPAMA SAMPAHMU
MENANGIS DALAM PENANTIAN
MENUNGGU DAN MENUNGGU
SEUMUR HIDUP

DADA YANG PECAH
NAFAS YANG SESAK
DENYUT JANTUNG BAGAI TERHENTI
TAK MUNGKIN TERLUNAS
WALAU BERJUTA KEHORMATAN
WALAU MARUAH DIJULANG KE LANGIT
HUTANG TETAP HUTANG
KEJAHATAN, KEGANASAN
MEMBUNUH DAN MEMBAHAM
DIRI YANG MASIH MERINDU
MERATAP DAN MERINTIH
SADIS, NGERI, SAKIT DAN DERITA
MERINDU KE PINTU AJAL
TUBUH YANG DIGILIS KETAGIHAN
MERONTA JIWA DAN MENGGELETAR
TERLALU GIAN
DIHISAP KEASYIKAN
MELAYANG TERAWANGAN
TERUS MEMBEKU DAN KHAYAL
HINGGA MEREKA TERLENA KELETIHAN
KERANA MENANGIS SEHABIS DAYA
DI PUSARA HIDUP
TERTIMBUS LEMAS
BERSAMA MAYAT-MAYAT REPUT
SEGALA-GALANYA MENJADI
-MATI-

(1997)

0 Tindak Balas:

Jenis Sampah