Bangun Tidur

Ahad, 2 Oktober 2011

tanpa senyuman
aku ukirkan senyum ini
menterjermah bicara langit
hikmah dalam abstrak yang sulit
tingkat di satu lagi
dalam sebuah hidup

biar angin berhembus
menyebarkan sedar
tari alam yang bergemalaikan pasti
tanah berkandung hakikat
rahsia nan satu di belakang mimpi
memecahkan cermin
khayalan yang bertopengkan realiti
memesong rasa jiwa
sesat dan hilang

begini
di sini
kesia-siaan
bangun yang masih dalam mimpi
aku hanya mahu jaga
menelan derita
lalu sekali lagi aku ukirkan senyuman ini
tanpa senyum yang terukir

(02/10/11 2:40 pm)



2 Tindak Balas:

ghost berkata...

mohon diberi keizinan untuk dilinkkan ke blog aku.(antologi ophan bunjos)

*saat yang lain masih terbaring di bawah gebar,sebahagian yang lain sudah menyelak tabir.-pada rasa yang sedang kita alami,sebahagian rasa yg lain bersembunyi.

pembuang sampah berkata...

izin diberi..

baring,gebar dan selak-syuga.
baik,itu lain.heh.

Jenis Sampah