Sir pond tarn

Rabu, 6 Januari 2010

Aku mahu menangkap malam ini
menjadikannya banduan memori
kerana di sini adalah penjara peristiwa
kisah yang tersulam pada bait kata
namun aku harus beritahu
akhirnya aku seringkali terlupa

Aku ini sedang bermimpi
ketika merepek entah apa
membuak-buak bermuntah bicara
hingga bersepah di ruang muka
menjadi sampah-sarap
bahan buangan otak
dan kemudian mereka gelar ia puisi

Lagi sekali di dada waktu
aku merapu menabur saat-saat yang mati
nyawanya yang kejam dicantas oleh hidup
yang tak pernah punya simpati
namun aku juga seperti kenangan yang zalim
yang tak pernah memberi kesempatan
lalu membiar dunia menjadi kubur
kerana betah menjawat jawatan itu
--pembunuh upahan
yang menerima upah dari nafsu
untuk membunuh usia
yang dipinjam dari ajal

Sebenarnya aku mahu mengawet masa
menjadikannya mumia di piramid jiwa
megah bertakhta di singgahsana
pusat pengumpulan sampahku
dan esok-lusa aku bakal kagum lagi
kerana telah aku beritahu
aku akhirnya seringkali terlupa


kepada kenapa


(06/01/10 11:24 pm)

0 Tindak Balas:

Jenis Sampah