mistika

Jumaat, 29 Januari 2010

Wajahmu menjadi tetamu
tatkala tidurku berlabuh
maka bercahayalah ruang
indah seluruh alam

Tak mampu ku berdusta
kerana kau mistik
kau bagai warna
asli memukau mata
terseraklah kabus suci
di awan kelabuku

Betapa kau mistik
hingga benci bisa ketawa
bersenda....
walau maut sedang menghunus

Kau memang mistik
laksana air jernih
jatuh dari langit biru
menjadi sungai tenang
di padang sahara

Tanganmu penawar
dan tanganmu pemusnah
lalu aku tersenyum
dan seketika pula menangis
kerana mistikmu memang ternyata

(1998)

0 Tindak Balas:

Jenis Sampah