mistika

Jumaat, 29 Januari 2010

Wajahmu menjadi tetamu
tatkala tidurku berlabuh
maka bercahayalah ruang
indah seluruh alam

Tak mampu ku berdusta
kerana kau mistik
kau bagai warna
asli memukau mata
terseraklah kabus suci
di awan kelabuku

Betapa kau mistik
hingga benci bisa ketawa
bersenda....
walau maut sedang menghunus

Kau memang mistik
laksana air jernih
jatuh dari langit biru
menjadi sungai tenang
di padang sahara

Tanganmu penawar
dan tanganmu pemusnah
lalu aku tersenyum
dan seketika pula menangis
kerana mistikmu memang ternyata

(1998)

Lagu terakhir

Ahad, 24 Januari 2010

....tanpa gitar....

....tanpa irama....

....tanpa alunan....

....tiada lagi lagu kan tercipta

di pentas kita

(24/01/10 11:06 pm)



nota: gambar bukan milik penulis

persembahan dalam hujan



airmataku hilang bersama hujan....
ratapanku tenggelam bersama guruh....
aku berteriak dan berteriak sampai tekakku pecah berdarah
....namun tanpa didengari....
aku dari seberang sana
hanya kelihatan seperti badut
sedang melakukan pergerakan-pergerakan lucu

(24/01/10 10:52 pm)

nota: gambar bukan milik penulis

kenangan halimunan

Sabtu, 23 Januari 2010

aku hanya mimpi....
yang berlegar di alam lena
sesuatu yang bila kau terjaga
kau pasti harus melepaskannya

*dan tulisan ini juga hanya suatu ilusi

(23/01/10 11:40 pm)

Aku adalah sejarah yang dilupakan
di dalam mukasurat hidup yang terkoyak


(23/01/10 11:22 pm)


pendosa

Jumaat, 22 Januari 2010

Aku tak mengerti
detik yang berlalu menjadi sia-sia
memadamkan kesempatan
sikit demi sedikit
berlari menuju ajal
mengusung noda dosa

Aku tak mengerti
dalam kesedaran membilang alpa
dalam keinsafan menyusun lagha
dalam kelekaan terus hanya begini
kaku beku batu bodoh
menggali kubur hidup
lalu tega mengebumikan diri sendiri
....bahu yang rebeh ke kiri

(22/01/10 6:32 am)

panggilan

kau yang semakin jarang ku sua
aku dakapi pagi ini....
dalam kasih
dalam gerun
bisikan yang mendayu
seruan yang meruntun
ah....
kenapa ya?
sedangku tahu sucinya cahaya
dan kotornya debu....

(22/01/10 6:16 am)


aku tak popular

Khamis, 21 Januari 2010

mungkin penaku tak berwarna
lalu tulisanku tak kelihatan oleh sesiapa

(21/01/10 12:12 am)



Rabu, 20 Januari 2010

seribu aku yang berbeza,
satu cinta yang sama
.

(20/01/10 11:46 pm)

sampah

Jumaat, 15 Januari 2010

jalan yang kabur
entah dari mana
sedang di mana
menuju ke mana
.

jalan yang kabur
bukan dari mana-mana
tidak berada di mana
tidak menuju ke mana-mana

(15/01/10 2:04 am)

hakim yang gagal

*diam

aku
serah pada waktu

untuk jadi penentu....
namun
detik demi detik berlalu
ia sekadar membisu

*diam
.

(15/01/10 1:44 am)

Tuhan, aku mencuba

Isnin, 11 Januari 2010

aku pejamkan mata
sekian kali
berbicara dengan rindu
berbicara dengan pilu
mencengkam jemari ini
lantas menitis merah
hatiku yang bertangis darah

pada kelam
aku berteriak
jiwa yang kecamuk berontak
sadisku
pedihku
tenggelam dalam lautan soalan
berperang dengan mahkamah hidup
kenapa?
mengapa?
dan mimpiku yang terbunuh
tersadai....

sakitnya....
kala asaku rebah
dayaku terkulai
mendongak langit yang hitam
mataku menjadi buta
padam dalam kegelapan

di pinggir takdir
doa yang menjadi pusara
airmataku yang menjadi tasik
lalu menenggelamkan aku
lemas ke dasar harapan
merubah segalanya menjadi musuh
menjerut
merentap jantungku
........
........

aku pejamkan mata
menghela kekalahan
menelan takdir yang berbisa
aku genggam jantung di tangan
....masih lagi ada degupan
lalu aku sedar
jalan yang terakhir ini
hanyalah redha
........................
........

*tuhan, aku mencuba....

(11/01/10 1:38 am)

izinkan aku untuk seketika lagi

sebelum malam ini berundur
aku hanya mahu berbisik
pada dingin yang merewak sepi
pada bayu yang memeluk pilu
pergilah....
bawa rindu ini kepada kekasihku
dan andai ini titik noktah
izinkan aku terus di sini seketika lagi
sebelum datang fajar
menghambat segalanya hilang

(11/01/10 12:58 am)

Ahad, 10 Januari 2010

Cerita Ini Hanya Tentangmu

Permainan apa ini

bersenda dengan kebenaran

bertukar-tukar kenyataan

mencoret-coret realiti

hakikat yang tiada paksi


Pertaruhan apa itu

meletak janji-janji

menggadai ketulusan

lantas berjudi perasaan

dengan bahang-bahang luka


Janji dan janji melangit

berubah rupa

bersalin kulit

hingga semakin palsu

semakin bohong


Takhta yang didirikan

bersifat khayal

dikhabar-khabar

diura-ura

tak membawa makna


Wajah yang sebegitu

memohon keindahan

datang dengan mimpi

datang dengan sumpah

dan untuk siapa?

sumpah yang mengutuk diri

menjadi lambang mungkir

hati yang mementingkan diri


Permainan apa?

permainan watak mulia

lagak cinta suci

tanpa pengertian

tanpa belas kasihan

tidak pernah mahu merawat

tidak pernah mahu menyelamat

demi rindu, demi kenangan dan demi kecewa sendiri

demi ingatan sendiri

demi dirimu sendiri!


(13/07/06 9:16 pm)


. .

Di penghujung waktu

aku berdiri

lalu mencari

di mana paksi semua ini?


Longlai sudah jiwaku

parah terdera di sini

terkulai sepi

tercampak jauh

melata entah ke mana


Airmata yang membenam dada

jatuh lalu kering

tiada makna

tiada erti

terbiar usang

lantas mati

berkubur jiwa


Aku terasing

tersisa

terbiar

lalu detik yang terus berlalu

meninggal aku

kekosongan di sini


(11/08/05 11.00 pm)


Infiniti

Hati ini

bagai diputar-putar

terjerat dalam kitaran

yang tiada penghujung

dan tiada awalan


Aku tersungkur

lalu tetap bangkit

bertolak-tarik

bermain dengan harapan

dan aku kecewa

demi menyusun mimpi

lagi dan lagi


Aku menjadi laut

yang tak mungkin kering

namun dalam badainya

aku terhempas

aku terhumban

diseret oleh arus

yang tak pernah berhenti


Aku kecundang

terasing tanpa pembelaan

menjeruk rasa

terpinggir tanpa rayuan

betapa seabad

mengabdikan jiwa

pada janji

yang tiada pasti


Terbelenggukah aku

tanpa sedari?

hentikanlah

hentikan saja

biar ranap sekaligus

tanpa perlu hidup

dan mati kembali

lagi dan lagi


(09/08/05 6.35 am)


ya, aku bercakap dengan kau

Rabu, 6 Januari 2010

apa lagi yang boleh aku kata
kalau kau sudah mahu mati
tapi aku juga tak mengerti
pernahkah kau hidup selama ini?
hidup untuk aku
walau hanya seketika

(06/01/10 11:40 pm)

Sir pond tarn

Aku mahu menangkap malam ini
menjadikannya banduan memori
kerana di sini adalah penjara peristiwa
kisah yang tersulam pada bait kata
namun aku harus beritahu
akhirnya aku seringkali terlupa

Aku ini sedang bermimpi
ketika merepek entah apa
membuak-buak bermuntah bicara
hingga bersepah di ruang muka
menjadi sampah-sarap
bahan buangan otak
dan kemudian mereka gelar ia puisi

Lagi sekali di dada waktu
aku merapu menabur saat-saat yang mati
nyawanya yang kejam dicantas oleh hidup
yang tak pernah punya simpati
namun aku juga seperti kenangan yang zalim
yang tak pernah memberi kesempatan
lalu membiar dunia menjadi kubur
kerana betah menjawat jawatan itu
--pembunuh upahan
yang menerima upah dari nafsu
untuk membunuh usia
yang dipinjam dari ajal

Sebenarnya aku mahu mengawet masa
menjadikannya mumia di piramid jiwa
megah bertakhta di singgahsana
pusat pengumpulan sampahku
dan esok-lusa aku bakal kagum lagi
kerana telah aku beritahu
aku akhirnya seringkali terlupa


kepada kenapa


(06/01/10 11:24 pm)

Ghairah

bisik pada malam
merayu sepi
membakar udara dingin
buat menancap adu berahi

ke sini....
ke mari....
bulan sedang kepanasan
bintang-bintang sedang kehangatan
dongak dan lihat langit yang membara
hujan sedang berasap
menanti sempurna gerhana

jangan tidurkan
....mahumu yang ku pujuk
idammu yang ku goncang
lepaskanlah..
biar dunia jadi merah

malam ini kita menari
mengikut irama hati
mataku yang kau renangi
membilang khayal rasa
perjalanan dari atas
menuju ke bawah
meneroka tengah
hingga tiba ke dalam
menujah dasar
....demi mencapai puncak....

ledakkan!

(06/01/10 10:02 pm)

Aku

lama aku kuis zarah-zarah di udara
aku kirai gas-gas yang terkumpul
yang mampat dan yang bebas
yang pejal dan yang cair


....ternyata, aku masih juga mencintaimu

(05/01/10 11:54 pm)

Pandora

Jumaat, 1 Januari 2010

Mengembara ke Pandora
dengan menunggang awan
menyapa burung sakti
dan menyanyi seperti Si pari-pari
dan senyumlah....
seperti anak kecil....

(01/01/10 7:50 pm)



Jenis Sampah