Damba

Isnin, 10 Oktober 2011

.........................................
apa yang aku mahu
cuma kerlip dari langit
memanahkan api
menusuk jiwa
lalu membakar darah
merangsang ghairah
dan nadi berdenyut
bergetar hangat
berahi dan merah

(10/10/11 2:02 am)



Bangun Tidur

Ahad, 2 Oktober 2011

tanpa senyuman
aku ukirkan senyum ini
menterjermah bicara langit
hikmah dalam abstrak yang sulit
tingkat di satu lagi
dalam sebuah hidup

biar angin berhembus
menyebarkan sedar
tari alam yang bergemalaikan pasti
tanah berkandung hakikat
rahsia nan satu di belakang mimpi
memecahkan cermin
khayalan yang bertopengkan realiti
memesong rasa jiwa
sesat dan hilang

begini
di sini
kesia-siaan
bangun yang masih dalam mimpi
aku hanya mahu jaga
menelan derita
lalu sekali lagi aku ukirkan senyuman ini
tanpa senyum yang terukir

(02/10/11 2:40 pm)



Sebuah Ketiadaan

detik yang bagai dibekukan
mendengar ombak yang tiada deru
melihat hentian yang tiada pengunjung
penuh kekosongan
penuh kehampaan
menghembus keluh
mata yang melewati sisa
seperti embun sayu
arkib memoriku
tanpa memorinya

(02/10/11 2:28 pm)

Dini

langit yang sunyi
menangiskan embun pagi
lalu kuyup daratan
merawak dingin
sepi, kelam
cuma kerlipan bisu
melambai perginya waktu

(02/10/11 2:44 am)

Jenis Sampah