Sia

Rabu, 14 November 2012

seperti,
mencari ada
pada tiada

(14/11/12 12:08 am)
  

hari hujan

Selasa, 13 November 2012

 dalam hujan
aku senyum
membilang mimpi-mimpi kosong
angan-angan kosong
sambil menari
bersama rintik-rintik air

 dalam basah
aku jatuh
ditimpa kecewa
ditimpa hampa
sambil berdarah
dibunuh hakikat

dalam kematian
aku bangun
menikmati sakit
merai pedih
terus tersenyum
dan terus menari
di dalam hujan....
bersama rintik-rintik air

(13/11/12 8:22 pm)

      
nota : gambar bukan milik penulis

Tepu

ada kalanya aku seperti mahu menangis
kerana aku tahu, hati aku sakit
tapi di setiap hujung sebak
ada wajar yang menjengah
lalu buat aku keliru 
apa yang harus aku tangiskan?

ada kalanya aku rasa kasihan
melihat hati dihiris-hiris
melihat harapan dilapah-lapah
berulang kali
tapi aku sangsi
kalau sudah berulang kali
apa lagi perlunya simpati?

cerita yang sama
kesudahan yang sama
-terlalu basi-

















justeru apakah...?
yang harus dirasa
bila segala rasa
tak lagi menterjemahkan rasa

(13/11/12 7:28 pm)

-

dan aku menari
di pentas khayal
bila istana itu terbuka
menjadikan aku puteri

(13/11/12 7:12 pm)

Yang Jelas


aku hilang kata
bila makna sudah terungkap
sekadar merenung sisa-sisa
pada kenangan yang memudar
berterbangan di udara
seperti kepingan-kepingan hati
yang kian kekeringan

(13/11/12 7:06pm) 

       

Kamu

Khamis, 25 Oktober 2012

aku mahu kamu



(noktah)

(25/10/12 1:40 am)
 
 
 

Aku Punya

Selasa, 25 September 2012

hati aku di tempat lain....




....yang tak wujud


(25/09/12 11:58 pm)
         

apa adanya

aku tiada bantahan
untuk langit yang tak berbintang
 untuk hujan yang berterusan
untuk alam yang lengang suram
bukankah sini tanah hitam?
lubuk segala kekecewaan
tidak munasabah
mengharap kesudahan indah

(25/09/12 11:48 pm)

Indah

hulur tangan ke langit....
menggapai....
....apa yang tak tergapai

(25/09/12 11:28 pm)
           
                         

Senyum

faham dalam kata
dengan kata
tanpa kata
dari segala kata-kata
apa yang dimengerti
apa yang tererti
aku tahu malam itu gelap
hujan itu basah
ya, aku tahu
senyum mengaku duka
tertawa merasa sakit
ya, selama-lamanya aku tahu
seperti warna hitam
yang takkan pernah putih

(25/09/12 11:18 pm)
                  

Larian Puisi

Sabtu, 8 September 2012

aku di garisan mula
atas jaluran hitam kosong
menghitung sejuta jarak
yang memisahkan fikiran
dengan susunan kata
lalu aku bukakan langkah
bertaburan arah
berlari mengutip apa saja di jalanan
dan menggumpal
menjampi langit
untuk menjelmakan keajaiban
menukarkan segala sampah dan sarap
menjadi sebuah ilham
lantas jaluran hitam kosong
menjadi sebuah pengembaraan
membawa minda 
menikmati pementasan opera
hanya dengan tarian ayat
tidak gah
sekadar jujur
untuk menyentuh hati
menuju ke titik penamat

(08/09/12 12:44 pm)


Waktu

Khamis, 6 September 2012

sekerlipan mata
percuma
nyataku menjadi semalam
dan hakikat
hanya tinggal kenangan
dalam genggaman....

(06/09/12 8:58 pm)



Orang Asing

Isnin, 16 Julai 2012

aku bercereka dalam minda
dalam kebisuan
menyusun kisah-kisah kita
waktu-waktu kita
ketika khayal bertembung nyata
hakikat bertembung dongeng
satu garis halus
yang kita simpul jadi satu
membuka sempadan
 
ada di langit
ingatan tak berwajah
sayup-sayup suara
yang tak pernah menjengah
lalu aku pejamkan jiwa
melihat dari hati
susuk roh ghaib
yang akrab dalam keasingan
 
tak lukuh
bagai bintang hitam di langit kelam
hanya terlindung dari pandangan
tidak hilang
dan ini aku
dalam tulus yang tiada tarikh luput
 
mungkin takkan terhurai
sebuah pengertian yang tidak datang bersama tafsiran
dongak ke angkasa
dan di sana berlegar rasa
aku lontar dari waktu
kepada waktu
untuk menjadi sekadar waktu
mematri sejarah
 
tentang pertemuan para pengembara
di satu simpang hidup
betapa ajaibnya takdir
menjadikan walau beberapa detik
sebuah ketentuan

dan di sini aku mengimbau 
bersama sejuta diam
nama yang tidak perlu bernama
cukup asal aku kenal
dan kamu tahu
kamu siapa
 
(16/07/12 10:48pm)
 
 

Sembilan Nyawa

Selasa, 10 Julai 2012

-Sembilan Kematian-

     
(10/07/12 9:29 pm)

dan ini yang pertama

Airmata Langit

Rabu, 27 Jun 2012



aku mahu airmata langit 
untuk malam ini
mandikan aku dengan kesyahduan
lalu aku tenggelam
hanyut
terapung di arus gelap
menyusur rasa-rasa pekat
yang ringan
berpusar di naqli
hingga aku khayal
ke langit hitam
dan menghirup nafas sendu
dalam dakapan sepi
dingin....
nyaman....
dalam....

(27/06/12 9:42 pm)

nota : gambar bukan milik penulis
          

Aku Cari Dia

mungkin aku hilang
ditelan bunyi
mungkin aku sesat
dikawal peta
mungkin aku sunyi
dipeluk ceria

dan aku cari dia

dan dia itu aku

(27/06/12 9:12 pm)

3 Dalam 1

1.
jari yang berlegar
mencarik udara
mengais kata-kata
pada kebisingan alam
yang diam

2.
bisu
keluh
sugul
 ah....
aku panggil sunyi
yang hilang terbang
diusir riang

3.
penjara batu
tingkap bergambar
kerusi patah
dan tangan-tangan angin
....aku jelmakan menjadi pantai
di kepala ini

(27/06/12 (9:08 pm)



3005

Rabu, 30 Mei 2012

sekadar mencuri waktu
untuk aku keramatkan tarikh
dan di antara sejuta cerita
kita, di antaranya....
 
(30/05/12 11:58pm)
 
 
 
                 


Jenis Sampah