ada kalanya aku seperti mahu menangis
kerana aku tahu, hati aku sakit
tapi di setiap hujung sebak
ada wajar yang menjengah
lalu buat aku keliru
apa yang harus aku tangiskan?
ada kalanya aku rasa kasihan
melihat hati dihiris-hiris
melihat harapan dilapah-lapah
berulang kali
tapi aku sangsi
kalau sudah berulang kali
apa lagi perlunya simpati?
cerita yang sama
kesudahan yang sama
-terlalu basi-
justeru apakah...?
yang harus dirasa
bila segala rasa
tak lagi menterjemahkan rasa
(13/11/12 7:28 pm)
0 Tindak Balas:
Catat Ulasan