rintih

Isnin, 14 Disember 2009

aku potretkan wajahmu dengan perkataan
aku rakamkan bersama tulisan
dan aku nyanyikan dengan jari-jemari....
....adakah kau dengar?
dari hujung sungai ini
aku dan ilhamku yang mati............
........................

(14/12/09 10:20 pm)

Semusim di syurga

Mengapa meminta Si Buta membacakan peta
Dan Si Tuli mentafisirkan bunyi?
Pantas berjalan ke belakang
Ketika mahu mencari hadapan

Mengapa hentam keromo?
Menarik rambut dari tepung
Putus rambut, berkebuk tepung
Lalu sepakat beramai-ramai meraung
Memaki hamun menyalahkan langit

Mengapa?
Kita yang membuang cermin
Hingga lupa raut wajah sendiri
Kita yang gelincir tersasar
Gelojoh menyusur akal
Hingga menjadi bodoh
Diperdaya kebijaksanaan
Menggali ilmu demi menjana kejahilan
Membuah Kelupaan
Berbunga keliru
Sampai tertukar antara rasional dan bongkak
Tak dapat membeza antara tawaduk dan lemah
Mencaci-caci redha sampai remuk wajah syukur
-Masih mahu mendabik dada
Dan mereka yang memeluk iman
Ketawa ketika kiblatnya dipersenda

"Rileks la, kita berfiiran terbuka"

(14/12/09 10:12 pm)

indah

di kala bayu berhembus
syahdu di birai jendela....
merenung cahaya di langit....
aku bertanya pada diri
....adakah kau bulan siang
atau mentari malam?

....aku senyum....
tanda mengerti
kau indah
kerana tak mungkin aku miliki

(14/12/09 9:40 pm)

Rajuk

Ahad, 13 Disember 2009

Aku rebah
di lantai hakikat
melihat tingginya langit
dalamnya laut
dan kiranya
aku berkhayal

lalu rajuk panjang
....aku cuma zarah
ditiup angin maka hilang

(13/12/09 3:46am)


Jenis Sampah