Semusim di syurga

Isnin, 14 Disember 2009

Mengapa meminta Si Buta membacakan peta
Dan Si Tuli mentafisirkan bunyi?
Pantas berjalan ke belakang
Ketika mahu mencari hadapan

Mengapa hentam keromo?
Menarik rambut dari tepung
Putus rambut, berkebuk tepung
Lalu sepakat beramai-ramai meraung
Memaki hamun menyalahkan langit

Mengapa?
Kita yang membuang cermin
Hingga lupa raut wajah sendiri
Kita yang gelincir tersasar
Gelojoh menyusur akal
Hingga menjadi bodoh
Diperdaya kebijaksanaan
Menggali ilmu demi menjana kejahilan
Membuah Kelupaan
Berbunga keliru
Sampai tertukar antara rasional dan bongkak
Tak dapat membeza antara tawaduk dan lemah
Mencaci-caci redha sampai remuk wajah syukur
-Masih mahu mendabik dada
Dan mereka yang memeluk iman
Ketawa ketika kiblatnya dipersenda

"Rileks la, kita berfiiran terbuka"

(14/12/09 10:12 pm)

0 Tindak Balas:

Jenis Sampah