kau buat aku mahu menulis
mahu berbicara
mahu bersenandika
berkata-kata bersama malam
menghitung detik yang larut
lalu terbang ke langit lepas
menyusur bintang-bintang
melayang dalam ruang
menghirup udara hening
pekat dan dalam
memabukkan hati
dan segalanya jadi sarat
berat
hingga menghujan puisi
penuh seni....
(28/12/2017 1:00 am)
0 Tindak Balas:
Catat Ulasan