Ceritera

Isnin, 14 Ogos 2017

beribu fikir dan khayal
dalam minda yang separa sedar
aku terbang dan aku tenggelam
berputaran dalam waktu

sebelum malam bertemu pagi
dinihari hilang
entah ke mana segala faham
hanya bingung yang tebal
bermain dalam mimpi yang jaga

tahun yang kesejuta
dalam kalendar abadi
menghitung detik-detik kosong
penuh alpa dan lupa
walau berteman ingatan
penuh kenangan

ke mana ombak menghempas
menghumban kenyataan
benar yang menghilang
ghaib bersama masa

di sudut sepi rasa
hanya aku dan langit
bercereka tentang hidup
kisah purba di dimensi berbeza
khayal
khayal
khayal

dan..inilah realiti.

(11/08/2017 8:10pm)

0 Tindak Balas:

Jenis Sampah