Kepuasan

Sabtu, 23 April 2011

kelarkan leher aku
biar darah memancut-mancut
biar menggelupur
sampai aku mati terkujur
tanpa kubur
lalu datang gagak hitam
meratah bangkai busuk
....bekas seorang aku....

(23/04/11 12:22 am)




Rahsia

Jumaat, 22 April 2011

meletakkan sayapmu
 
rapat ke dadaku


 
(22/04/11 8:24 pm)
 

Berontak

Rabu, 20 April 2011

apa yang aku mahu
adalah untuk kau datang pada aku
pandang wajah aku
sentuh jiwa aku
berenang dalam mata aku
teroka naluri aku
dan khayal bersama aku

terlalu sukarkah?

(20/04/11 10:04 pm)


Hai!

kamu
yang aku tak kenal
mahu singgah sebentar?
di sini
di dunia aku
sungguh-sungguh!
sungguh

(20/04/11 5:56 pm)

Rin-

suara yang hilang pada nyata
aku kutip dan buangkan
menjadi bait-bait sampah
di ruangan maya ini
.
.
.
.
.
.
cumanya.........................
.........................aku tertanya

titik itu noktah
atau tanda koma?

(20/04/11 6:34am)

Benam

memendam kebenaran
dalam sebuah diam
kerana setelah hujan
tak perlu lagi meneka kebasahan

(20/04/11 6:06 am)

Hilang Punca

Isnin, 18 April 2011

lemas dalam timbunan sampah
celaru
mengirai huru-hara
serabut yang bertulis di lantai
pada hati yang hilang
pada jasad yang serabai
pada jiwa yang songsang
lantas dari titik mana
harus aku langsungkan
....mencari mula

(18/04/11 10:48 pm)

..

Sabtu, 16 April 2011

hei kamu!
aku sedang memanggilmu

kalau saja....
ada talian yang menyambung hati kita
agar kau dapat mendengar..
rintihan batinku

(16/04/11 11.34pm)

Diplomat

Jumaat, 15 April 2011

Dia datang ke rumahku
memberi salam
menjabat tanganku

Dia bersopan-santun
berbicara lemah-lembut
tapi dia memintaku
suatu kemustahilan

Dia senyum luhur
di dalamnya
menikamku terus-terusan
bukan dari belakang
berdepanan menusuk pedang berkilau
menembusi badanku

Dia ada di dalamku
di hatiku
di fikiranku
sampai bila?
tolonglah aku

Bila kau tanya siapa dia
dia hilang
tetapi sebenarnya dia di belakangmu
tersenyum memandangku
sambil menunjukkan pedangnya itu

(1996)

Pengembara

Khamis, 14 April 2011

seru namaku
seperti perjanjian kita
dan aku masih di istana dalam rimba
menjadi halimunan

....sehingga seruan keramatmu
membawa aku menjelma




bila nafas kita bersatu
aku adalah milikmu

(14/04/11 12:42 am)



Jenis Sampah