Hidup

Ahad, 4 Disember 2011

dua ratus dua puluh empat saat
aku mengembara dari satu rasa ke satu rasa
seperti pencuri yang sedang menggeledah
menyelongkar peti simpanan
lalu aku keluarkan satu-satu
setiap cebis kenangan
menyusun pada garis usia
membentuk hidup aku

ah....

telah panjang rupanya
jalan-jalan dan daerah
bila hidup aku dipetakan
dan hanya seperti itu
sesuatu memanah
untuk aku melihat
terlalu lama aku berjalan
sehingga aku telah terlupa
kenapa aku berjalan

peperangan yang tak berhabisan
akhirnya akan membawa kita pada persoalan
apa sebenarnya yang kita perjuangkan?

dua ratus dua puluh empat saat
manusia dan hidup
kita sebenarnya menghabiskan lebih banyak masa mencuba hidup
daripada hidup

:-

aku....
tak mahu jadi hantu lagi

(04/12/11 3:10 pm)


Ubah

mata angin dunia
aku cuba putarkan
menukar haluan bayu
bumi di sudut songsang
360 darjah
merubah pandangan
dan aku bermula semula
dari mula

(04/12/11 2:34pm)





Bidadariku

Selasa, 15 November 2011


si kecil berbaju putih
dia kepunyaanku
.
.
.
.
berlumur darah
suram dan bungkam
dalam gelap itu

bidadari bersayap suci
dia milik aku
koyak dan luka
gelap dan murung

dia nigina
patah dan lara
pari-pariku
naif, suci


dia pari-pariku
-mati-

(15/11/11 11:36 pm)

nota : gambar bukan milik penulis

Ini Aku

....
diam

....

....

malam yang berbisik
 
cuma nada bisu  
melagukan sepi
detik kelam tanpa rasa
dingin dan kaku

melihat waktu-waktu terhapus
mengubur masa....

....yang hampa


diam lagi

geriji ghaib

mengepung sunyi

memejam mata lesu

mendengar angin

menyentuh tubuh malam

dengan tangan ilusi

....sejuk....


angin bertiup menyapu khayal
menjengah keluar
....hamparan samar
penuh realiti kosong

bertaburan


hati ini

begi
ni


........
(15/11/11 11:18 pm)

nota : gambar bukan milik penulis

Jenis Sampah