karut

Isnin, 21 Disember 2009

sukarnya mencorakkan kosong bila huruf-huruf itu lari menjauh
lalu aku seperti si semput yang kecungap mahu memujuk nafas
hanya bersimpuh di dada ruang meletak kata yang sia-sia
mencemarkan rangkap di lembaran tak bererti
....dan mungkin aku berdosa....
menggarap sesuatu yang sebegini hina


*kenapa bicara kalau tiada apa untuk dibicara?



(21/12/09 11:46 pm)

dengari aku

Selasa, 15 Disember 2009

....kejam....
sunyi ini berhitung....
membilang masa....
....dengan belati....
tanah di bawah kaki ini
merah dengan darah

ke mana...?
....
....

angin tak bertiup....
bayu membisu ....
menjadi kontang
kering segalanya....
udara hitam menyejat
....mencetus kemarau
salju nan tandus

tak mampu berkelip
mata jadi ais
alis jadi api
terapung-apung kosong
kabur
dihiris gelita yang berkaca
koyak....

siapa...?
....
....

gelap mendakap
beku terbenam
....sepi yang buta
sepi yang tuli....
kaku terpaku....
....tertimbus....
di liang mati

(15/12/09 11:42 pm)

Aku meminta yang ringkas

Isnin, 14 Disember 2009

Aku tidak mahu menjadi mimpimu
Aku tidak mahu menjadi fantasimu
Aku mahu menjadi realiti
Jadikan aku realitimu

(14/12/09 10:28 pm)

rintih

aku potretkan wajahmu dengan perkataan
aku rakamkan bersama tulisan
dan aku nyanyikan dengan jari-jemari....
....adakah kau dengar?
dari hujung sungai ini
aku dan ilhamku yang mati............
........................

(14/12/09 10:20 pm)

Jenis Sampah