kata-kata tanpa tafsir
bersimpul pada rangkap sulit
seperti membayangkan bulan
mengandaikan bintang
cantik nan rawak
tak bertunjangkan wajah
himpunan bait-bait samar
indahnya seperti laut itu
pusar yang tak bertepi
gelombang tiada mula
tiada hujung
alun-alun bebas
merdeka menjelajah minda
menerobos dinding dunia
dan lepas di udara
khayal
kabur
hanyut
hilang
sejuta satu misteri langit
.
....lalu pincanglah
bila bayang-bayang mahu dijasadkan
yang terbuka disempitkan
mengulas kias
sedang seni itu sempurna
kerana seninya....
(02/03/2017 2:12 am)