sebelum malam ini berakhir

Isnin, 22 Julai 2013

sebelum malam ini berakhir
menjadi satu lagi memori
aku petik waktu
melakar hening ini
dengan bait kata

melontar pandang ke bintang
mana bintang?
yang ada, langit kelam
dan bahasaku juga miskin
tanpa bunga-bunga puitis

sekadar menyimpan kenangan
sebelum aku kemas dan susun
dalam lipatan sejarah

sebelum malam ini berakhir....

(22/07/13 2:18am)

Sedar

tentang awan hitam dan hujan
aku telah lama tahu
tentang lukut dan gantang
aku juga tahu
lantaran di hujung jalan yang terpecah
aku sekadar cerita semalam
seperti khabar dan hakikat yang lain-lainnya
sememangnya aku tahu
ya, aku tahu....
(22/07/13 1:58am)
      


Tiada tajuk

langit malam yang suram
meniti tiupan angin
terbang ke dalam ingatan
memeluk dingin
dan aku berubah menjadi wap
hilang di udara

(22/07/13 1:52am)
       

Jenis Sampah