Airmata Langit

Rabu, 27 Jun 2012



aku mahu airmata langit 
untuk malam ini
mandikan aku dengan kesyahduan
lalu aku tenggelam
hanyut
terapung di arus gelap
menyusur rasa-rasa pekat
yang ringan
berpusar di naqli
hingga aku khayal
ke langit hitam
dan menghirup nafas sendu
dalam dakapan sepi
dingin....
nyaman....
dalam....

(27/06/12 9:42 pm)

nota : gambar bukan milik penulis
          

Aku Cari Dia

mungkin aku hilang
ditelan bunyi
mungkin aku sesat
dikawal peta
mungkin aku sunyi
dipeluk ceria

dan aku cari dia

dan dia itu aku

(27/06/12 9:12 pm)

3 Dalam 1

1.
jari yang berlegar
mencarik udara
mengais kata-kata
pada kebisingan alam
yang diam

2.
bisu
keluh
sugul
 ah....
aku panggil sunyi
yang hilang terbang
diusir riang

3.
penjara batu
tingkap bergambar
kerusi patah
dan tangan-tangan angin
....aku jelmakan menjadi pantai
di kepala ini

(27/06/12 (9:08 pm)



Jenis Sampah