Cemburu

Khamis, 8 September 2011

cemburu aku pada masa yang menghakis pergi segala peluang
cemburu aku pada ruang yang memutuskan kesempatan
cemburu aku pada dingin yang membekukan nadi perasaan
cemburu aku pada diam yang menjerut ingatan
cemburu aku pada semalam yang belum menulis nama aku
cemburu aku pada esok yang sudah memadam nama aku
cemburu aku pada dia yang telah menjadikan aku pengganti
cemburu aku pada dia yang bakal menjadi pengganti aku
cemburu aku kepada kamu yang kian menjauh
cemburu aku kepada aku yang merelakan pasrah
cemburu aku kepada cemburu
yang hanya mencemburukan aku pada segala-galanya
-tanpa makna-

(08/09/11 1:48 am)

Putus

aku tak mampu menyambung asa
....yang telah putus
seperti aku tak mampu membatalkan sejarah
....yang telah maktub
pada lewat saat ini
hanya tinggal andaian-andaian rawak
....enggan aku andaikan
tak mahu meneka
ke mana arah awan
cerah atau ribut
jerat cuaca
cukup aku berlindung di balik tembok bisu
menebarkan sepi ini
menyelimut perasaan
lali dalam kosong
....sendiri....

(08/09/11 1:18 am)

Assalamualaikum

Selasa, 6 September 2011

kamu siapa....?
makhluk asing berhati batu
yang menelan mati kekasih manisku

(06/09/11 7:58 pm)

Palsu

Isnin, 5 September 2011

tentang ribut dan gelodak
tentang syurga dan sutera
....kisah benar di hatiku
hanyalah bait-bait ghaib
yang takkan bermakna untuk dilafaz

(05/09/11 9:08 pm)

Berlari

berlari mengejar
....sesuatu yang tak mungkin tercapai

(05/09/11 8:54 pm)

Jenis Sampah