--

Khamis, 30 September 2010



bisikan yang mati

mengiringi malam sepi
pekat
kelat
dalam
dan luka menjadi debu kering
hilang ditiup angin

(30/09/10 7:36pm)


-

di langit
hanya ruang hitam
gelap dan kosong
bersama angin dingin
sejuk dan beku
tiada sinar....
tiada cahaya....
tiada seri....
tiada erti....

(30/09/10 7:16pm)

nota : gambar bukan milik penulis

aku

Ahad, 19 September 2010


'KITA' itu tiada
yang ada cuma aku
aku dan aku
sendiri

(19/08/10 2:34 pm)

lumpuh


hati milik aku adalah daging lunyai yang dicincang-cincang
bergelumang darah dan kesakitan
tapi aku....
tak punya sebarang rasa........

(19/08/10 2:30 pm)

tuah

Aku tak punya tuah
kerana itu bahagia memilih untuk menyisihkan aku
lalu aku terjaga dari mimpi yang panjang
menyedari betapa harapan indah itu
hanya untuk memberitahu
bahawa aku tak seharusnya bermimpi-in the first place-

(19/09/10 2:08 pm)

Jenis Sampah