lalu aku seperti si semput yang kecungap mahu memujuk nafas
karut
Isnin, 21 Disember 2009
lalu aku seperti si semput yang kecungap mahu memujuk nafas
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/21/2009 11:46:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
dengari aku
Selasa, 15 Disember 2009
sunyi ini berhitung....
membilang masa....
....dengan belati....
tanah di bawah kaki ini
merah dengan darah
ke mana...?
....
....
angin tak bertiup....
bayu membisu ....
menjadi kontang
kering segalanya....
udara hitam menyejat
....mencetus kemarau
salju nan tandus
tak mampu berkelip
mata jadi ais
alis jadi api
terapung-apung kosong
kabur
dihiris gelita yang berkaca
koyak....
siapa...?
....
....
gelap mendakap
beku terbenam
....sepi yang buta
sepi yang tuli....
kaku terpaku....
....tertimbus....
di liang mati
(15/12/09 11:42 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/15/2009 11:42:00 PTG 2 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
Aku meminta yang ringkas
Isnin, 14 Disember 2009
Aku tidak mahu menjadi fantasimu
Aku mahu menjadi realiti
Jadikan aku realitimu
(14/12/09 10:28 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/14/2009 10:28:00 PTG 1 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kamu
rintih
aku rakamkan bersama tulisan
dan aku nyanyikan dengan jari-jemari....
....adakah kau dengar?
dari hujung sungai ini
aku dan ilhamku yang mati............
........................
(14/12/09 10:20 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/14/2009 10:20:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia
Semusim di syurga
Dan Si Tuli mentafisirkan bunyi?
Pantas berjalan ke belakang
Ketika mahu mencari hadapan
Mengapa hentam keromo?
Menarik rambut dari tepung
Putus rambut, berkebuk tepung
Lalu sepakat beramai-ramai meraung
Memaki hamun menyalahkan langit
Mengapa?
Kita yang membuang cermin
Hingga lupa raut wajah sendiri
Kita yang gelincir tersasar
Gelojoh menyusur akal
Hingga menjadi bodoh
Diperdaya kebijaksanaan
Menggali ilmu demi menjana kejahilan
Membuah Kelupaan
Berbunga keliru
Sampai tertukar antara rasional dan bongkak
Tak dapat membeza antara tawaduk dan lemah
Mencaci-caci redha sampai remuk wajah syukur
-Masih mahu mendabik dada
Dan mereka yang memeluk iman
Ketawa ketika kiblatnya dipersenda
"Rileks la, kita berfiiran terbuka"
(14/12/09 10:12 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/14/2009 10:12:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
indah
syahdu di birai jendela....
merenung cahaya di langit....
aku bertanya pada diri
....adakah kau bulan siang
atau mentari malam?
....aku senyum....
tanda mengerti
kau indah
kerana tak mungkin aku miliki
(14/12/09 9:40 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/14/2009 09:40:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
Rajuk
Ahad, 13 Disember 2009
di lantai hakikat
melihat tingginya langit
dalamnya laut
dan kiranya
aku berkhayal
lalu rajuk panjang
....aku cuma zarah
ditiup angin maka hilang
(13/12/09 3:46am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 12/13/2009 03:46:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
24
Rabu, 25 November 2009
berjalan ke dalam api
menguji kekebalan
kalau-kalau kalis terbakar
sambil -sambil ketawa
kerana aku tahu
aku memang tak kebal
langsung!
LOL
(25/11/09 10:16 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/25/2009 10:16:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
Main Nombor
dikaburi serpih-serpih kehidupan
cermin songsang yang menterbalikkan kelurusan
menyamakan palsu dan benar
maka bertaruh saja
menikam pilihan
(25/11/09 10:04 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/25/2009 10:04:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Aku Dan Cuaca
perang ini menentang mendung
menampal sarat awan
menahan gugurnya hujan
sedangkan yang ada hanya telapak tangan
bersama jampi serapah
Aku maklum
mana bisa lautan menjadi kering
mana bisa kemarau adalah banjir
namun aku berjuang
mencantumkan utara dan selatan
hingga akhirnya semua menjadi timur
dan barat padam terkubur
Perang ini mengejar kemustahilan
mencabar misteri takdir
berjudi dengan hukum hidup
bersaing nasib
mana tahu....
kalau hujan tak turun
dan gelap itu
sebenarnya penutup tengkujuh
(25/11/09 10:02 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/25/2009 10:02:00 PG 0 Tindak Balas
Dendam
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/25/2009 03:40:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia
Syyy!
Rabu, 18 November 2009
izinkan aku sedut kegelapanmu
menyadur jiwa yang riuh
di kala malam semakin malu
namun lena segan menjauh
hanya bisu
bisu.
(18/11/09 4:00 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/18/2009 04:00:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
Talian Hayat
Khamis, 12 November 2009
menjahit segaris senyum
lalu menghias langit kelabu
menongkat runtuh guruh
menyusun jari jemari calar
meminta izin mimpi
mewarna kusam hari
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/12/2009 11:38:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Langit
Rahsia
Selasa, 3 November 2009
aku bisikkan rindu
menghitung jarak langit
menyusun hukum hidup....
....dari kejauhan ini
diam-diam memeluk sepi....
.
.
.
.
(03/11/09 1:08 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/03/2009 01:08:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia
........................................................................
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/03/2009 12:52:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia, Kitar Semula
..................................................................................
Isnin, 2 November 2009
(22/11/2000)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 11/02/2009 11:24:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia, Kitar Semula
Tragedi Cermin Mimpi
Selasa, 27 Oktober 2009
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 10/27/2009 08:24:00 PTG 2 Tindak Balas
Jenis Sampah: Fantasi
..................................................................................
menghitung detik waktu
membilang saat demi saat
dan malampun kian berakhir
dalam penantianku
Suara sepi
mengalun malamku
di sini ku dengar namamu
memanggil kenangan
dan aku tunduk diam
menggenggam setiap ingatan
Dalam pedih
mengimbau realiti
antara hari ini dan sejarah
bagai semalam
bersatu dalam kenyataan
Malam ini
detik kian berakhir
waktu kian pergi
hanyalah selaut harapan
bersemadi bersama malam
Namamu
masih berkumandang lagi
masih kedengaran lahi
dan aku masih menyebutnya lagi
hingga malam bertukar pagi
dan pagi berubah malam ini
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 10/27/2009 08:22:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia, Kitar Semula
Lamunan
Ahad, 11 Oktober 2009
Di birai jendela
Menghitung bintang
Mengenang sejarah
Samar wajahmu....
Samar senyummu....
Menggamit naluri
Menyebar rasa pilu
Suasana yang dulu
Pudarnya jejakmu
Entah di mana....
Langit kosong
Udara kosong
Jauh dan jauh....
Hadir ingatan
Melambai hati
Mengamati kenangan
Menarik nafas rindu
Menghayati memori
Kelam renunganmu
Kelam bayangmu
Menyelubungi awan
Melintasi mata
....Mata yang basah ini
Membendung tangisan
Tersentuh nurani
Mengimbau semalam
Saat menjadi satu
Mengukir mimpi-mimpi
Erat di genggaman
Terlepas tanganmu
Lucut pengangan
Lalu kau hilang
Hilang dan terus hilang
Di pinggir tirai
Aku terkenang
Dan suaramu pudar
Pudar dan terus pudar....
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 10/11/2009 01:42:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia, Kitar Semula
....
Sebarkan lamunan
Menyeru memori
Pulanglah....
Bersama rasa itu
Malam mengalun
Mengalirkan waktu
Menatap udara
Merenung kenyataan
Syahdu....
Bayu membisik
Berkata-kata pada hati
Malam yang permai
Seperti malam dulu....
Damai lagi....
Ombak yang menderu
Memenuhi pendengaran
Bersama detik-detik itu....
....Kenangan silam....
..
Pada hujan....
Turunkanlah kenyataan
Sedarkanlah jiwa
Bangunlah....
Melihat realiti
Hanya sepi
Ombak yang menjauh
Kian sayup dan sayup
Bersama detik-detik itu
....Hanya kenangan silam....
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 10/11/2009 01:28:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia, Kitar Semula
..
Isnin, 28 September 2009
Pencarian yang panjang
Hening tiada erti
Sayup dan jauh
Jiwa yang semakin hilang
Kelam dalam cahaya
Merenung kosong
Sinar yang tiada makna
Layu pada kamar tak bernyawa
Langkah terhenti lagi
Sendu yang tiada alasan
Tangan longlai
Lemah di pintu harapan
Kaki yang luka itu
Alam apakah ini?
Terang tapi gelita
Bingit tapi sepi
Dan sunyi
Melihat pada peta yang terukir
Mentafsir arah haluan
Jalan yang cerah terbentang
Tapi mimpinya kecundang
Nalurinya mati
Lalu apakah sebenarnya ini
Sebuah wajah tanpa rupa?
Cantik yang tiada indahnya
Tidur yang amat panjang
Tapi tak pernah lena
Jejak termanggu lagi
Menghitung segala detik
Dan waktu
Perjalanan akan terus bersambung
Kakikan tetap maju
Demi segala-galanya
Yang tidak bermakna
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/28/2009 10:46:00 PTG 2 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku, Kitar Semula
Andainya Takku tahu
Rabu, 2 September 2009
Aku dengar langit menangis
Aku kerlipkan mata....
....Gerimis di luar jendela....
Dingin!
Seperti di kutub salju
Aku dakap tubuhku
Bicara dalam bisu....
Diam
Bulan sedang berbisik
Merintih bersama awan
....Kian lebat rintik-rintik hujan
Aku hembus nafas berat
Jadi berkabut dinding kaca
Samar-samar gelap
Namun masih jelas kepiluan
Sungguh malam ini dingin
Bintang-bintang sedang meratap
Sayu dan mendayu
Sampai aku yang remuk
Kalau aku mampu
Aku kongsikan selimutku
Aku sapukan air matamu
Atau setidak-tidaknya
Biar aku lari
Sembunyi dari tahu
Dan malang
Malam ini....
Langit masih belum berhenti menangis....
(02/09/09 3:22 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/02/2009 03:22:00 PG 1 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
Yang Terindah
Mimpi selalunya sempurna
Lantaran aku telan racun ini
Kerana yang cacat dan cela itu
Adalah hakikat
Dan aku mahu hakikat
(01/09/09 10:20 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/02/2009 01:38:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Aku
-
Selasa, 1 September 2009
Saat segala cereka
Melabuhkan tirai penutup
Segala bicara menjadi mati
Dan meninggalkan aku
Terkujur tanpa rasa
Tiada dendam yang terpendam
Tiada benci yang membaluti
Hanya sisa hampa
Yang bertebaran kosong
Tiada membawa erti
Aku renung hambar
Menelan jemu
Dan apa yang aku sangka milikku
Rupanya tak pernah aku miliki
Lalu ku benamkan saja begitu
Hingga masa menghapuskan segala-galanya
Aku enggan menerima
Mendengar
Menggenggami
Segala janji yang menyakitkan
Segala sumpah yang melukakan
Hingga aku terbuang
Tersisih tanpa harga
Lalu aku ludah lafaz setia
Merenyuknya lumat
Biar jadi sampah!
Dan aku tak mahu hati itu lagi
Hati yang telahpun berpaling
Bersama jiwa yang berdarah
Aku telan segala kekalahan
Biar ini jadi pengajaran
Pengajaran agung
Biar tertampar egoku
Lalu kembali ke bumi
Menginsafi diri
(07/08/05 5:00 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 04:11:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula, Mereka
Dua Saat Yang Sempurna
Seketika
Seperti melangkah jalan-jalan silam
Seketika
Seperti melihat pemandangan dulu
Seketika
Seperti mimpi jadi nyata
Seketika
Dua saat yang sempurna....
Sebelum matahari bangkit
Dan hakikat mengambil alih tempatnya
(01/09/09 3:20 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 03:20:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Mereka
Racau
Wahai langit
Pinjamkan aku sebutir bintang
Kerana aku tidak dapat lagi melihat jalan
.
.
.
.
Aku dikhianati benar
Dan bila benar itu sendiri mengkhianatiku
........................
.
.
.
.
Pinjamkan aku bisumu
Kerana, hanya itu yang terbaik....
(01/09/09 4:18 am)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 04:18:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Langit
Batas
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 9/01/2009 04:00:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Mereka
Pusara Cinta
Khamis, 27 Ogos 2009
Menghitung detik dan waktu
Membilang masa dan ketika
Untuk bersamamu
Aku nyalakan harapan
Mendera kedamaian
Agar laut ini
Terus berombak lagi
Suara angin ini
Bagai membawaku
Kepadamu
Dan bergemalah azimatmu
Memenuhi segenap ruang duniaku
Aku rindu....
Menyambut senyummu
Di manakah mimpi ini
Saat wajahmu membara lagi
Di manakah aku ini
Mencari agar kau tak pergi lagi
Pulanglah........
Sebelum malam ini
Menjadi lagenda
Dan aku turut bersemadi
Menjadi desiran ombak ini....
....Pusara cintaku
(22/11/00)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/27/2009 07:54:00 PG 1 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia, Kitar Semula
Kelam
Dalam kealpaan
Merenung jalan yang kelam
Menoleh sepintas
Berpaling
Mengesan semalam
Hujan yang turun
Menggelapkan pandangan
Laluanku tersasar
Hilang tujuannya
Kehampaan
Bagai mendakap diri
Ku tersungkur lagi
Mencari hakiki
Dan bila mentari terbenam
Aku jua bagaikan turut kecundang
Di realiti ini
Aku sekali lagi kelu
Tak mampu bersuara
Tunduk mengintai pasti
Bila malam lukaku berdarah
Dan siang diriku tersampak
Aku bertanya lagi
Sampai bila harus begini
Saat ini
Bila kekuatanku dikelar lagi
(01/09/01)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/27/2009 07:32:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Kitar Semula
Usir
Jujurkah kau mencipta angkuh?
Menyamari tunjang rapuh
Mendandan goyah
Sahajamu yang bukan kepalang
Itu utuh
Tapi aku melihat dirimu
Tembus dinding
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/27/2009 07:16:00 PG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Masyarakat
Bulan
Rabu, 26 Ogos 2009
Aku hulur tangan ini
Memelukmu dari udara
Hingga seribu abad lagi
Dan bergoncang dunia
~Hanya kerana
Sesaat bersamamu
Berbaloi segala derita
(26/08/09 9:34 pm)
Dibuang ke sini oleh pembuang sampah pada 8/26/2009 09:34:00 PTG 0 Tindak Balas
Jenis Sampah: Dia
Jenis Sampah
- Aku (137)
- Dia (57)
- Fantasi (21)
- Kamu (45)
- Kitar Semula (45)
- Langit (14)
- Masyarakat (17)
- Mereka (13)